Wednesday, August 20, 2008

Sumpah Saiful tak tiru cara Kristian: Mufti WP

Sumpah Saiful tak tiru cara Kristian: Mufti WP


KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan, 15 Ogos lalu tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, hari ini.

Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kirinya.



Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan dia diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
- Bernama

Ramlang Porigi (Imam 25 Persen)

Akhirnya tembelang org yg bernama Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Caw Seri Machang, No ahli 03405843 Bahagian Bukit Mertajam.

Tidak hairan kenapa begitu pantas "imam" ini memperakui mubahalah yg dilakukan oleh Saiful,

Jawatan Sebenar Ramlang Porigi ialah Pembantu Hal Ehwal Islam Tel:03 62018780 ext:158.

Imam sebenar masjid wilayah ialah Hj Abdul Malek b.Salleh (Imam besar) tel: 03 62018780 - 137

Friendster Ramlang Porigi (Imam 25 Persen)
http://profiles.friendster.com/43341251




Saturday, August 16, 2008

AL-QURAN TIDAK MULIA DI SISI SAIFUL

Asalammualaikum....

KIta sebagai orang Islam dari kecil lagi telah diajar mencium dan menjunjung Al'Quran sebagai menghormati Firman-Firman Allah yg menjadi Pedoman manusia di seluruh alam semesta ini.

Begitu juga menghormati tangan kanan melebihi dari kiri untuk melakukan kebaikan.

Apa yg menjolok mata saya sebagai umat Muhammad S.A.W. dan juga Hamba Allah ialah bagaimana Saiful menghormati Al'Quran yakni kitab Allah ini.

Mungkin ramai yg tidak perasan Saiful bersumpah didepan Al'Quran yg di muliakan umat Islam seluruh dunia tetapi Saiful hanya memegang Al'Quran di tangan kirinya dan text sumpahnya pula dimuliakannya berada di tangan kanannya.

Apakah anda percaya sumpah liwat orang seperti saiful ini??

kalau anda tanya saya tentu sekali tidak jawapan yg diberikan kerana, ternyata Kitab Allah sendiri yg menjadikan saksi liwatnya di akhirat pun tidak dihormatinya apatah lagi kebenaran sumpahnya di masjid Wilayah baru2 ini.

sila lihat pic: